Cara menubuhkan Persatuan / Pertubuhan

Bagaimana Menubuhkan Persatuan / Pertubuhan


Satu mesyuarat penubuhan yang dihadiri sekurang-kurangnya tujuh (7) orang hendaklah diadakan dan nama mereka yang hadir hendaklah dicatatkan dalam minit mesyuarat.

*Wakil daripada sekurang-kurangnya tujuh (7) negeri berlainan hendaklah hadir dalam mesyuarat ini bagi memenuhi syarat penubuhan pertubuhan peringkat kebangsaan, Mereka perlu dilantik sebagai AJK penaja.

Mesyuarat penubuhan tersebut hendaklah membuat ketetapan-ketetapan berikut:

(a)    bersetuju menubuhkan pertubuhan;
(b)    meluluskan nama pertubuhan yang akan didaftarkan (nama pertubuhan hendaklah selaras dengan tujuan dan keahlian pertubuhan);
(c)    menetapkan tempat urusan (alamat) yang akan didaftarkan;
(d)    melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan untuk menguruskan pendaftaran pertubuhan; dan

Sediakan senarai AJK Penaja yang mengandungi butir-butir:

  • Nama penuh seperti dalam myKad;
  • Jawatan dalam pertubuhan
  • Nombor kad pengenalan
  • Tarikh lahir dan tempat lahir (daerah);
  • Pekerjaan;
  • Emel;
  • Nombor telefon (Rumah/Bimbit/Pejabat);
  • Nama dan Alamat majikan; dan
  • Alamat rumah kediaman semasa bagi tiap-tiap Ahli Jawatankuasa;

Contoh Format Senarai Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan.

Sila pastikan semua Ahli Jawatankuasa bagi Pertubuhan tidak hilang kelayakan memegang jawatan di bawah Seksyen 9A dan Seksyen 49 Akta Pertubuhan 1966

(e)    meluluskan undang-undang (perlembagaan) pertubuhan yang hendak didaftarkan termasuk lambang, bendera, lencana, dan lain-lain tanda yang berwarna bersama dengan keterangan mengenai maksud tanda-tanda tersebut di dalamnya (jika berkenaan),

Contoh Undang-Undang Tubuh
(1) Undang-undang pertubuhan induk;
(2) Undang-undang pertubuhan bercawangan; dan
(3) Undang-undang pertubuhan faedah bersama;
Contoh format logo (sila sediakan logo dalam format .jpeg atau .png).

Mencatatkan perjalanan mesyuarat penubuhan (Minit Mesyuarat Penubuhan) pertubuhan serta keputusan terhadap ketetapan-ketetapan yang dibuat. Contoh Minit Mesyuarat Penubuhan.

CARA MEMOHON PENDAFTARAN PERTUBUHAN 

Setiausaha Penaja hendaklah mendaftarkan diri sebagai pengguna sistem eROSES di
www.eroses.gov.my. Sila rujuk Panduan Pengguna eROSES untuk maklumat lanjut.

Bayaran Fi sebanyak RM30.00 dan boleh dibayar melalui kaedah berikut:
(a)    Kaunter Jabatan. Rujuk alamat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri-Negeri berkenaan.
(b)   Online Payment.




Comments

Post a Comment